1. Struktur binaan sementara
2. Struktur binaan kekal
1. Jenis tambahan Struktur binaan sementara ;-
Contoh tambahan binaan sementara adalah seperti awning, polycarbonate roof untuk tambahan porch, teres dan gazebo yang diperbuat daripada struktur besi atau kayu yang diletakkan di bahagian lapang kawasan rumah . Binaan ini dikategorikan sebagai binaan sementara kerana ia mudah dipasang & dibuka semula serta mudah ditukarganti apabila keadaannya menjadi lapuk atau rosak disebabkan hujan dan panas. 2. Jenis tambahan Struktur binaan kekal ;-
Contoh binaan ini ialah seperti gazebo atau pagola yang dibuat dari binaan kayu atau campuran batu-bata dan kedudukannya kekal dalam kawasan rumah. Kedudukannya tidak mudahalih, tetapi bahan2 binaannya seperti atap, kayu atau bumbung boleh ditukarganti.Jawapan yang saya berikan dibawah adalah merujuk kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.
NOTA PENTING
Bayaran permit untuk bangunan sementara adalah sah untuk 6 bulan atau setahun sahaja dan perlu diperbaharui setiap tahun.
Tapi jika anda mohon untuk membuat binaan kekal, bayaran proses/permit dibayar sekali sahaja untuk selama-lamanya. Cadangan saya ialah, lebih baik anda memohon kelulusan binaan sementarasebagai struktur bangunan kekal untuk mengelak daripada kerumitan memperbaharui permit setiap tahun.